Tuesday, October 10, 2023

Important Updates to our Privacy Policy | Kemas Kini Penting pada Dasar Privasi kami

Logo
Hi Kuzainol,
JobStreet and JobsDB are part of the SEEK Group operating online employment marketplaces across Asia-Pacific. We are changing the way JobStreet, JobsDB and SEEK provide their services to better meet your needs and improve your experience with us.
In connection with these changes, we are making important updates to our Privacy Policy, which will align our policies across these brands, effective on or around 19th November 2023.
Before it comes into effect, we want to make sure you understand how your information is collected, used, and protected when you use our services. Please read our new Privacy Policy
Key updates include:
  1. Greater clarity on why we collect and how we utilise your personal data.
  2. Additional details on how your personal data and candidate profile may be accessible by employers and recruiters (Advertisers) outside of your home location – depending on your profile visibility settings.
  3. Details on who is responsible for collecting and processing your personal data.
From the date that our new Privacy Policy comes into effect, you will have three visibility options available for your candidate profile (standard, limited and hidden). Rest assured, you will only be visible to Advertisers who are searching for candidates in your home or preferred work locations and only if your current visibility setting for your JobStreet Profile is set as searchable. This means that, if your JobStreet Profile visibility settings allow it, you may receive relevant job opportunities and messages from these employers and recruiters if they have roles available in your home or preferred work locations.
Please note that if you continue to use our services from the date referred to above, you'll be deemed to have agreed to our new Privacy Policy. If you no longer wish for your profile to be visible to Advertisers, you can update your profile visibility settings. If you don't agree to our new Privacy Policy, you can delete your account with us.
If you have any questions, please contact our customer service.
Thank you for choosing us as your career partner.
From,
The team at JobStreet by SEEK

Hai Kuzainol,
JobStreet dan JobsDB adalah sebahagian daripada SEEK Group yang beroperasi di pasaran pekerjaan dalam talian di seluruh Asia-Pasifik. Kami sedang mengubah cara JobStreet, JobsDB dan SEEK menyediakan perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan anda dengan lebih baik dan menambah baik pengalaman anda bersama kami.
Sehubungan dengan perubahan ini, kami membuat kemas kini penting pada Dasar Privasi kami, yang akan menyelaraskan dasar-dasar kami merentas jenama-jenama ini, berkuat kuasa pada atau sekitar 19 November 2023.
Sebelum ia berkuat kuasa, kami ingin memastikan anda memahami cara maklumat anda dikumpul, digunakan dan dilindungi apabila anda menggunakan perkhidmatan kami. Sila baca Dasar Privasi baharu kami.
Kemas kini utama termasuk:
  1. Penerangan yang lebih jelas tentang sebab kami mengumpul dan cara kami menggunakan data peribadi anda.
  2. Butiran tambahan tentang cara data peribadi dan profil calon anda boleh diakses oleh majikan dan perekrut (Pengiklan) di luar lokasi mastautin anda – bergantung kepada tetapan keterlihatan profil anda.
  3. Butiran mengenai pihak yang bertanggungjawab atas pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda.
Dari tarikh Dasar Privasi baharu kami berkuat kuasa, anda akan mempunyai tiga pilihan keterlihatan tersedia untuk profil calon anda (standard, terhad dan tersembunyi). Yakinlah, anda hanya akan kelihatan kepada Pengiklan yang sedang mencari calon di lokasi mastautin anda atau lokasi kerja pilihan dan hanya jika tetapan keterlihatan semasa anda untuk Profil JobStreet anda ditetapkan sebagai boleh dicari. Ini bermakna, jika tetapan keterlihatan Profil JobStreet anda membenarkannya, anda mungkin menerima peluang pekerjaan dan mesej yang berkaitan daripada majikan dan perekrut jika mereka mempunyai peranan yang tersedia di lokasi mastautin atau lokasi kerja pilihan anda.
Sila ambil perhatian bahawa jika anda terus menggunakan perkhidmatan kami dari tarikh yang dirujuk di atas, anda akan dianggap telah bersetuju dengan Dasar Privasi baharu kami. Jika anda tidak lagi mahu profil anda kelihatan kepada Pengiklan, anda boleh mengemas kini tetapan keterlihatan profil anda. Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi baharu kami, anda boleh memadamkan akaun anda dengan kami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.
Terima kasih kerana memilih kami sebagai rakan kongsi kerjaya anda.
Daripada,
Kami di JobStreet oleh SEEK
This email was sent to you as a registered user of www.jobstreet.com.my
© JobStreet 2023